Tibet Lancar 202 Projek Basmi Kemiskinan

2019-06-18 14:18:02  CRI
Share with:

Persidangan kerja mengenai pembasmian kemiskinan di kawasan miskin tegar Wilayah Autonomi Tibet, China diadakan di Nyingchi semalam.

Majlis pemeteraian kontrak bagi 202 projek bantuan diadakan, dengan peruntukan RMB21.5 bilion (RM13.52 bilion).

Sejak 2016, Tibet mengadakan mesyuarat tahunan untuk menggalakkan kerja membasmi kemiskinan, dengan majlis pemeteraian kontrak projek bantuan diadakan serentak bermula 2017.

Sejak kempen membasmi kemiskinan dilancarkan, jumlah penduduk miskin di Tibet berkurang daripada 590 ribu kepada 150 ribu. Wilayah autonomi itu merancang untuk mencapai sasaran pembasmian kemiskinan mutlak sebelum hujung tahun ini.

胡星