Pusat TCM Pertama Filipina Dirasmikan

2019-06-18 14:20:33  CRI
Share with:

Pusat Perubatan Tradisional Cina (TCM) China-Filipina dirasmikan di Manila semalam.

Pusat itu ditubuhkan di bawah Projek Khas bagi Kerjasama Antarabangsa melibatkan TCM 2018, yang pertama seumpamanya di Filipina.

Ketua pusat, Zheng Qiming menyatakan pusat itu akan menyediakan perkhidmatan perubatan kepada penduduk tempatan, bertujuan untuk membolehkan masyarakat tempatan lebih memahami TCM.

Pusat tersebut juga merancang untuk menubuhkan platform latihan untuk memupuk kemahiran dalam cabang perubatan tersebut di kalangan pengamal tempatan.

Kaunselor Budaya Kedutaan Besar China, Tian Shanting pula berkata, TCM salah satu komponen penting dalam budaya tradisional China yang cemerlang. Beliau berharap TCM dapat dipopularkan di Filipina pada masa kelak.

胡星