China Alu-alukan Pelaburan Asing

2019-06-21 14:26:47  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang berjumpa dengan pemimpin-pemimpin syarikat antarabangsa yang berada di Beijing untuk menghadiri Sidang Kemuncak Meja Bulat ke-7 Majlis CEO Global pagi semalam. 

Li menekankan komitmen China untuk terus memperkasakan pembaharuan dan keterbukaan, serta membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berdasarkan undang-undang dan diantarabangsakan. 

Katanya, syarikat dari semua negara dialu-alukan menambah pelaburan di China dan berkongsi peluang daripada pembangunan negara ini. 

Beliau berkata, China perlu menyusun semula struktur ekonomi, mendorong transformasi ekonomi, menggalakkan penaiktarafan industri dan menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi supaya memenuhi keperluan hidup rakyat yang tarafnya semakin tinggi. 

Para usahawan menyatakan hasrat untuk memperluas kerjasama dan berkongsi peluang pembangunan China. Mereka bersedia meningkatkan kesalinghubungan global, melindungi perdagangan bebas dan menentang amalan perlindungan.

徐国玮