Saham A China Dimasukkan Siri Indeks Salam Global FTSE

2019-06-22 14:31:12  CRI
Share with:

FTSE Russell, syarikat indeks saham kedua terbesar di dunia memasukkan saham A China dalam siri indeks saham dunianya Jumaat lalu. Ini satu lagi berita yang memberangsangkan bagi pasaran modal China berikutan syarikat indeks terbesar di dunia, MSCI menaikkan nisbah saham A dalam siri indeksnya pada hujung Mei lalu. Ini mencerminkan bahawa pelabur antarabangsa bukan sahaja terus mempunyai permintaan untuk melabur di pasaran modal China, malah berkeyakinan penuh terhadap masa depan ekonomi negara ini.

China selaku entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, pasaran modalnya antara komponen penting dalam pengagihan modal dunia. Faktor ketidaktentuan di pasaran modal dunia meningkat berikutan pergeseran perdagangan semasa ini. Namun dalam konteks ini, ekonomi China tetep menampakkan prestasi yang mampan, risiko di pasaran modal rendah manakala keuntungannya stabil. Dalam pada itu, nilai saham A China berada pada tahap yang rendah dalam sejarah. Ratio harga-pendapatan (P/E ratio) saham A ialah 13 kali, yang lebih rendah daripada kebanyakan indeks saham di dunia, memiliki daya tarikan yang tinggi kepada pelabur antarabangsa.

Modal antarabangsa dimasukkan ke dalam saham A China boleh dianggap undi menyokong bagi tindakan China memperluas keterbukaan dan memperkasakan penglibatan diri dalam pasaran kewangan global.

Kini, China telah memperluas akses pasaran modal asing, membuka pasaran niaga hadapan seperti minyak mentah dan bijih besi, melancarkan mekanisme kesalinghubungan bursa saham Shanghai dan London untuk mewujudkan keterbukaan dua hala pasaran modal China, menawarkan papan inovasi sains dan teknologi, selain menjalakan pembaharuan terhadap peraturan antarabangsa. Semua tindakan ini menunjukkan usaha dan hasrat China untuk terus mengintensifkan keterbukaan pasaran modalnya. 
 

覃淼