Singtel dan China Literature Teroka Bersama Pasaran E-Sastera

2019-06-23 15:06:24  CRI
Share with:

Syarikat telekomunikasi Singtel Singapura dan kumpulan China Literature mengumumkan penjalinan hubungan kerjasama strategik semalam. Kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam meneroka pasaran e-sastera di Asia Tenggara.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Singapura semalam, Singtel dan China Literature mengumumkan kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang penerokaan bahan, hak cipta, pengedaran, promosi, dan bayaran elektronik mengenai e-sastera. Webnovel, satu platform di bawah China Literature akan mempopularkan karya e-sastera China kepada pembaca di Asia Tenggara. 

胡星