Xi, Trump Temu di Osaka

2019-06-29 13:16:26  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124687991_15617819522811n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump di Osaka hari ini. 

图片默认标题_fororder_1124687991_15617819523701n

Xi berkata walaupun situasi antarabangsa dan hubungan China-AS mengalami perubahan besar sejak kedua-dua negara menjalin ikatan diplomatik 40 tahun lalu, tetapi wujudnya satu fakta yang tidak berubah iaitu kerjasama membawa manfaat, manakala konfrontasi mengundang kerugian. 

Beliau bersedia bertukar-tukar pendapat dengan Presiden Donald Trump berhubung isu-isu asas berkaitan hubungan dua hala untuk menetapkan hala tujunya pada fasa seterusnya, sekali gus menggalakkan perkembangan ikatan berlandaskan penyelarasan, kerjasama dan kestabilan. 
 

张哲