Dua Presiden Temu di Beijing

2019-07-03 13:11:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124701731_15620734902411n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan di Beijing semalam.

Xi menekankan, adalah signifikan bagi China dan Turki selaku dua pasaran baru muncul dan negara membangun penting, mempertingkat kerjasama strategik sejajar kesalingpercayaan politik dan komunikasi strategik, serta saling menghormati dalam isu-isu berkaitan kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah negara.

Usaha perlu dilakukan untuk memperkukuh asas politik bagi perkembangan hubungan sambil memastikan ikatan bilateral terus maju mengikut landasan yang sihat dan stabil. Tindakan konkrit juga perlu untuk merancakkan kerjasama keselamatan dalam memerangi keganasan.

Beliau berkata, Turki rakan kongsi penting dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). China bersedia bersama-sama mempercepat pelaksanaan BRI seiring pelan "Koridor Tengah", di samping melonjakkan kerjasama berkaitan perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, tenaga dan infrastruktur. 

Erdogan berpendapat, hubungan antara kedua-dua negara penting bagi keamanan dan kemakmuran serantau. Turki bersedia merapatkan kerjasama dengan China, yang dikatakan mempunyai potensi besar.

Beliau mahu melihat sinergi lebih erat dalam perdagangan, pelaburan, kewangan, tenaga, pembuatan automobil, infrastruktur, teknologi komunikasi 5G dan bandar pintar di bawah rangka BRI, dengan interaksi lebih rancak melibatkan pendidikan, budaya dan penyelidikan saintifik.

梁靓