Beban Pembiayaan PKS China Berkurang

2019-07-05 13:53:34  CRI
Share with:

Jumlah pinjaman baharu di China yang dianggarkan melebihi RMB900 trilion (RM541 trilion), membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat swasta meringankan masalah pembiayaan.

Data terkini Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China (CBRC) menunjukkan, setakat hujung Mei, pinjaman melibatkan syarikat kecil dan mikro melebihi RMB10 trilion (RM6 trilion), dengan pertambahan yang jauh lebih tinggi daripada pinjaman lain.

Naib Pengerusi CBRC, Zhou Liang memaklumkan, kadar faedah purata bagi pinjaman baharu melibatkan PKS oleh lima bank milik negara utama telah turun 0.65 mata peratusan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri kewangan China telah memperkenalkan beberapa langkah baharu dari segi pembaharuan dan keterbukaan. Sebanyak 15 inisiatif dilancarkan tahun lepas, sementara 12 lagi diperkenalkan tahun ini untuk menarik kemasukan lebih banyak modal asing berkualiti.

梁靓