Xi Ditemui Perdana Menteri Bangladesh

2019-07-06 15:40:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124716771_15623317515581n

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed di Beijing semalam. Tegaskan Xi, kedua-dua negara ini harus memperkembangkan persahabatan tradisional dan berusaha mewujudkan kerjasama dan pembangunan bersama-sama. 

Xi menunjukkan bahawa China dan Bangladesh, dua negara yang mempunyai semangat kejiranan dan persahabatan tradisional. Hubungan rakan kerjasama strategik yang dijalinkan ketika Xi mengadakan lawatan rasmi ke Bangladesh pada tahun 2016, telah meningkatkan kerjasama bilateral ke tahap baharu, mendorong pembangunan masyarakat ekonomi masing-masing, dan juga mendatangkan manfaat yang semakin banyak kepada rakyat kedua-dua negara. Meneruskan dan menguatkan hubungan rakan kerjasama strategik China-Bangladesh ini, adalah selaras dengan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara, juga bermanfaat kepada kemakmuran dan kestabilan Asia malah kerjasama dunia yang terbuka.
 
Tegaskan Xi, pertukaran peringkat tinggi kedua-dua negara ini harus dijadikan pedoman bagi kerjasama dan pertukaran dua hala yang mendalam dalam pelbagai bidang. Kerajaan, institusi undang-undang dan parti politik perlu meningkatkan komunikasi dan persefahaman terhadap hubungan bilateral. China menghargai sokongan Bangladesh mengenai isu yang melibatkan kepentingan teras China, dan akan terus teguh menyokong Bangladesh mempertahankan kebebasan, kedaulatan sendiri, mencari jalan pembangunan yang sesuai dan menjamin kestabilan politik dan masyarakat.
 
Xi berkata, China dan Bangladesh berpotensi besar dalam kerjasama bilateral. Kedua-dua pihak ini perlu meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, kapasiti industri, tenaga elektrik, pengangkutan, maklumat komunikasi, infrastruktur, pertanian dan sebagainya, di samping mendorong kerjasama ekonomi digital untuk membina “Laluan Sutera Digital” bersama-sama. China bersedia bersama dengan Bangladesh untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, belia, media dan sebagainya, supaya dapat mewarisi dan memperkembangkan persahabatan tradisional China-Bangladesh. China akan terus memberi bantuan kepada Bangladesh pada masa depan berhubung usaha antikeganasan dan pembinaan keupayaan menguatkuasa undang-undang.
 

Sheikh Hasina Wazed menyatakan bahawa pihaknya amat mementingkan persahabatan kedua-dua negara ini dan teguh menyokong dasar “Satu China”. Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan China sejak sekian lama. Pihak Bangladesh menantikan bantuan China pada masa depan. Hasina juga harap kedua-dua negara ini meningkatkan kerjasama dalam perubahan iklim, keselamatan, antikeganasan dan sebagainya. Bangladesh akan menimba pengalaman pembangunan China, menyertai pembinaan Inisiatif “Jalur dan Laluan”(BRI) dan mendorong pembinaan “Koridor Ekonomi China-Bangladesh-India-Myanmar”.

梁靓