31 Maut Akibat H1N1 di Myanmar

2019-07-10 14:03:45  CRI
Share with:

Sebanyak 180 orang disahkan dijangkiti virus influenza A (H1N1) di Myanmar sejak bulan lepas, antaranya 31 telah meninggal dunia.

Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar memaklumkan, wabak menular di beberapa wilayah, dengan jumlah jangkitan paling banyak dilaporkan di Yangon iaitu 108 kes dengan 25 kematian setakat semalam.

H1N1 adalah wabak penyakit pernafasan berjangkit yang amat serius.

覃淼