Malaysia Ingin Tingkatkan Kerjasama Pendidikan dengan China

2019-07-10 10:12:44  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_mpmbj0709b

Kementerian Pendidikan Malaysia menyasarkan supaya lebih banyak universiti dan pelajar China untuk berada di Malaysia pada masa depan.

 
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, usaha tersebut merupakan langkah untuk mempertingkatkan kerjasama erat yang sedia ada.
 
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja mulai 8 hingga 13 Julai di China memberitahu bahawa ketika ini terdapat lebih 10,000 pelajar China yang menuntut di universiti di Malaysia.

 

图片默认标题_fororder_mpmbj0709
 

Dalam perkembangan lain, Dr. Maszlee turut berhasrat untuk mengembang kursus Bahasa Melayu di universiti-universiti di China.
 
Katanya, kerajaan Malaysia juga komited dalam memberikan bantuan untuk mengajar Bahasa Melayu kepada institusi pengajian tinggi China.
 
Beliau bercakap demikian ketika sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Malaysia dengan Percetakan Akademi Sains Sosial China (SSAP) dalam usaha untuk mempererat hubungan kedua-dua negara dalam bidang penerbitan, penterjemahan dan pertukaran ilmiah.

王瑾