Perjanjian Nuklear Iran Perlu Dipelihara

2019-07-11 13:31:06  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1210189616_15628025528741n

Lembaga Pentadbir Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memanggil mesyuarat khas di Geneva semalam, bagi membincangkan pelaksanaan perjanjian komprehensif mengenai isu nuklear Iran.

Mesyuarat khas yang diadakan atas permintaan pihak Amerika Syarikat (AS), turut dihadiri 35 negara anggota termasuk China, Rusia, Britain, Perancis dan Jerman.

Kebanyakan anggota menyarankan perjanjian itu dikekalkan, sambil melahirkan rasa kesal terhadap pengunduran AS dan sekatan negara itu terhadap Iran.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Senjata, Kementerian Luar China, Fu Cong menyifatkan tekanan ekstrem yang dikenakan oleh AS sebagai punca utama krisis nuklear Iran.

Walaupun Iran mengurangkan komitmen di bawah perjanjian berkenaan, namun ini tidak mengakibatkan risiko percambahan nuklear yang sebenar dan tidak melanggar tanggungjawab jaminan dan pengawasan. Iran boleh berpatah balik daripada tindakan itu.

Beliau menggesa pihak-pihak berkenaan menghentikan amalan yang salah demi mengelakkan krisis bertambah buruk.

覃淼