Bendung Penyeludupan Hidupan Liar

2019-07-11 13:40:03  CRI
Share with:

Operasi bersama Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Pertubuhan Kastam Antarabangsa (WCO) pada bulan lalu, telah membawa kepada rampasan sejumlah besar hidupan liar yang terlindung.

Sebanyak 600 suspek di seluruh dunia disiasat, dan penangkapan mereka sedang dijalankan.

Pengumuman yang dibuat Interpol semalam memaklumkan, operasi yang bermula pada 4 hingga 30 Jun menyasarkan jenayah penyeludupan flora dan fauna liar di kira-kira 100 negara dan wilayah.
 
Setakat ini, hasil rampasan termasuk spesies primat, kucing besar, gading dan produk gading, burung, reptilia dan hidupan marin, serta lebih 2,600 tumbuhan dan 2,550 meter padu kayu.

Polis dan kastam mendapati, pemerdagangan hidupan liar seludupan melalui Internet semakin menjadi-jadi.

Interpol menjangkakan lebih ramai suspek akan ditahan seiring kerja siasatan di seluruh dunia.

梁靓