China Terus Majukan Industri Perkapalan

2019-07-11 12:50:51  CRI
Share with:

Hari Pelayaran China yang jatuh pada 11 Julai setiap tahun, disambut meriah di Ningbo, provinsi Zhejiang hari ini.

Acara diserikan dengan kehadiran lebih 400 tetamu tempatan dan asing yang mewakili pengusaha pelabuhan, logistik perkapalan dan pertubuhan antarabangsa.

Bagi menggalakkan pembangunan berkualiti industri perkapalan, kerajaan China telah melonggarkan kawalan terhadap kemasukan modal asing, membolehkan pelabur asing menubuhkan syarikat perkapalan milik sendiri.

Sejak awal tahun ini, empat caj perkhidmatan termasuk bayaran menyimpan kargo, jaminan keselamatan fasiliti pelabuhan, panduan perkapalan, serta penggunaan malim dan kapal tunda masing-masing diturunkan 15%, 20%, 10% dan 5%. Caj bagi perkhidmatan operasi pelabuhan juga dikurangkan daripada 15 kepada 11 item.  

Difahamkan, China sedang mempercepat pembinaan pelabuhan pintar yang dilengkapi terminal kontena automatik.

11 Julai ditetapkan sebagai Hari Pelayaran sempena hari peringatan pelayaran Laksamana Cheng Ho.

梁靓