PM Li: Stabilkan Perdagangan Luar

2019-07-11 14:20:39  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mempengerusikan mesyuarat kerja Dewan Negara semalam, yang telah menetapkan lagi langkah-langkah untuk menstabilkan perdagangan luar, meningkatkan keterbukaan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan pengambilan kerja, serta menambah dana jaminan sosial dengan sebahagian aset negara.

Antara langkah yang ditetapkan termasuk menyempurnakan dasar fiskal dan percukaian serta mengurangkan tarif import, selain menggalakkan sokongan kewangan kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan luar.

Langkah lain, mempercepat perkembangan e-dagang rentas sempadan dan mempertingkat tahap liberalisasi perdagangan melalui pemudahan prosedur kawal selia dan pelepasan kastam.

胡星