Iran Terbuka Runding Isu Nuklear

2019-07-11 13:35:22  CRI
Share with:

Iran bersikap terbuka kepada rundingan mengenai isu nuklear, dan tidak mahu menimbulkan ketegangan dalam isu tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar, Sayyed Abbas Al Mousawi semalam berkata, negara-negara Barat perlu menyelesaikan "punca ketegangan" jika mahu membaiki situasi semasa.

Beliau berkata, Iran masih menghormati perjanjian komprehensif isu nuklear, namun hak dan kepentingan diri perlu dilindungi.

Tegasnya, dasar bersifat anti-Iran yang diamalkan oleh Amerika Syarikat (AS) adalah punca utama masalah.

Isnin lalu, Teheran mengumumkan pihaknya telah melepasi had ketulenan uranium diperkaya yang ditetapkan perjanjian komprehensif pada 2015.

覃淼