Rundingan Disambung, Isyarat Positif

2019-07-11 14:14:51  CRI
Share with:

Forum yang bertemakan situasi semasa serta prospek hubungan ekonomi dan perdagangan China dan Amerika Syarikat (AS) menutup tirai di Hong Kong semalam.

Para peserta percaya bahawa penyambungan semula rundingan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara mengeluarkan isyarat positif yang bukan sahaja sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara terlibat, malah seluruh dunia.

Selama dua hari, delegasi peserta termasuk dari China, AS, Kanada, Jepun dan Singapura turut membincangkan globalisasi, tadbir urus global dan masa depan multilateralisme.

Naib Pengerusi Jawtankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Tung Chee-hwa berkata, amat signifikan bagi China dan AS selaku dua entiti ekonomi terbesar, bekerjasama dan maju bersama-sama.

Walaupun wujudnya cabaran, beliau tetap berasa optimistik terhadap hubungan China-AS.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
胡星