Kabinet Thailand Angkat Sumpah Esok

2019-07-15 12:31:18  CRI
Share with:
Kabinet baharu Thailand  dijadualkan mengangkat sumpah di Istana pada pukul 6 petang esok.

Sekretariat Kabinet semalam memaklumkan, Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha akan mengetuai jemaah kabinet seramai 36 ke majlis tersebut dan mempengerusikan mesyuarat pertama kemudian. 

Senarai nama yang diumumkan pada 10 Julai menyaksikan kebanyakannya ialah anggota lama.

Thailand mengadakan pilihan raya pertama pada 24 Mac tahun ini, lima tahun selepas rampasan kuasa. Selepas pengundian bersama oleh Dewan Senat dan Dewan Perwakilan pada 5 Jun, Prayuth memenangai penggal keduanya sebagai PM dengan tempoh perkhidmatan empat tahun.
梁靓