Kerjasama China, Timor-Leste Diperkasa

2019-07-16 15:00:26  CRI
Share with:
Hubungan antara China dan Timor-Leste mengekalkan trend perkembangan baik dengan kerjasama membuahkan hasil dari semasa ke semasa sejak  ikatan diplomatik dijalin 17 tahun lalu.

Duta Besar China, Xiao Jianguo berkata China antara negara yang paling awal menyokong kemerdekaan  dan menjalin hubungan diplomatik dengan Timor-Leste. China mengutamakan hubungan dengan Timor-Leste dan aktif mengembangkan kerjasama dua hala yang saling untung, di samping menyediakan bantuan kepada pembangunan Timor-Leste. 

China memberi layanan  sama rata kepada semua negara tanpa mengira besar kecil, dan menghormati sepenuhnya hak rakyat Timor-Leste untuk menentukan jalan pembangunan negara sendiri.

Beliau menyatakan kedua-dua negara kini aktif memperkasakan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) demi manfaat bersama. 

Kerjasama ekonomi antara China dan Timor-Leste berfokus pada pembinaan infrastruktur melibatkan grid elektrik, lebuh raya dan pelabuhan. 
张哲