Denggi Ragut 450 Nyawa di Filipina

2019-07-16 14:37:25  CRI
Share with:
Kes denggi meningkat mendadak di Filipina dengan sekurang-kurangnya 450 kematian dilaporkan sejak awal tahun ini.

Setiausaha Kesihatan,  Francisco Duque memaklumkan lebih 106 ribu dijangkiti denggi di seluruh negara dalam separuh pertama tahun ini, bertambah 85% berbanding tempoh sama tahun lepas. Kebanyakannya bagaimanapun tertumpu di kawasan tengah dan selatan, dan belum menular ke seluruh negara.

Kerajaan telah mengeluarkan amaran wabak di tempat-tempat berkenaan, dengan harapan rakyat dapat meningkatkan kewaspadaan bagi mengelakkan wabak meledak.

Duque berkata kemuncak denggi di Filipina berlaku setiap tiga hingga empat tahun, yang terakhir pada 2016. Kerajaan menjangka kes denggi meningkat ketara tahun ini.

 

张哲