22 Maut Hujan Lebat di Kashmir

2019-07-17 14:21:10  CRI
Share with:
Hujan lebat yang membawa banjir ke Kashmir sebelah Pakistan telah menyebabkan 22 maut dan puluhan lagi hilang setakat ini.

Laporan awal mendapati sebanyak 150 rumah kediaman dan dua masjid musnah. Antara yang maut termasuk dua penjaga keselamatan dan sembilan penduduk selain 11 yang dalam perjalanan ke masjid.

Kedudukan lokasi yang terpencil menyukarkan operasi menyelamat. Angka korban kemungkinan terus meningkat.
梁靓