Britain Dituntut Lepas "Grace 1"

2019-07-17 14:07:17  CRI
Share with:

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei mengecam penahanan kapal tangki minyak "Grace 1" oleh Britain sebagai rampasan "lanun".


Beliau menuntut kapal itu dilepaskan segera jika tidak mahu mengundang tindakan balas. Perbuatan pihak Britain tidak akan dibiarkan.

Pada 4 Julai, pihak Gibraltar menahan kapal "Grace 1" dengan bantuan tentera laut Britain, mendakwa kapal berkenaan melanggar sekatan Kesatuan Eropah kerana menghantar minyak mentah ke Syria.
     
Agensi berita Tasnim semalam melaporkan,  Khamenei turut mengkritik negara-negara Eropah kerana tidak menunaikan komitmen di bawah perjanjian nuklear Iran. 
 
梁靓