SOE China Tumbuh Stabil

2019-07-17 12:37:27  CRI
Share with:

Pada setengah pertama tahun ini, syarikat milik kerajaan (SOE) pusat China merekodkan untung bersih RMB703.77 billion (RM421 bilion),  pertambahan sebanyak 8.6% berbanding masa sama tahun lepas.
 
Jurucakap Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara (SASAC), Peng Huagang memaklumkan, pendapatan syarikat berkenaan naik 5.9% kepada RMB14.5 trillion (RM8.7 trilion) dalam tempoh tersebut.

Prestasi terbaik dilihat bulan lepas dengan untung bersih RMB158.49 bilion (RM94.68 bilion), mencipta rekod baharu.

Setakat bulan ini, terdapat 97 syarikat milik kerajaan pusat kendalian SASAC.

Pengusaha besi dan keluli, perlombongan, jana kuasa dan pembinaan menyaksikan pertumbuhan untung paling besar, diikuti permesinan dan pengangkutan.
 

张弘