AS Digesa Henti Tekanan terhadap Iran

2019-07-17 12:42:46  CRI
Share with:
AS digesa menghentikan  tindakan salah mengenakan tekanan ekstrem terhadap Iran untuk mencipta suasana kondusif bagi penyelesaian isu nuklear menerusi saluran politik dan diplomatik.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam menyatakan pelaksanaan penuh dan efektif Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) satu-satunya jalan untuk menyelesaikan isu tersebut dan meredakan ketegangan.

JCPOA, yang juga dikenali sebagai perjanjian nuklear Iran, menjadi fokus mesyuarat menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) di Brussels kelmarin.

Mesyuarat itu mengeluarkan isyarat jelas untuk mempertahankan dan melaksanakan JCPOA, sambil menggesa Iran menyambung pelaksanaannya secara menyeluruh. 

Geng berkata, masalah-masalah berkaitan pelaksanaan perjanjian itu hendaklah diatasi melalui mekanisme Suruhanjaya Bersama JCPOA. Dalam pada itu, adalah mustahak untuk memastikan keseimbangan antara hak dan kewajipan yang diperuntukkan JCPOA.  

 

张哲