Hak Bersuara Harus Setimpal

2019-07-18 12:04:05  CRI
Share with:

Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan memulakan prosedur untuk memilih pengerusi baharu, selepas menerima peletakan jawatan Christine Lagarde kelmarin. 

Sejak menyandang jawatan pengerusi pada 2011, Lagarde telah melakukan banyak usaha untuk menggalakkan pembaharuan berhubung sistem kuota dan tadbir urus IMF. Pelan pembaharuan akhirnya diluluskan pada 2016, membolehkan kira-kira 6% kuota undi diperuntukkan kepada negara-negara pasaran baru muncul dan membangun. Pada masa sama, negara maju di Eropah menyerahkan dua kerusi lembaga eksekutif kepada negara-negara tersebut.

Sungguhpun begitu, pengagihan kuota IMF masih tidak mencerminkan perubahan dalam pola ekonomi. Misalnya, pasaran baru muncul dan negara membangun kini mewakili separuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) dunia, di samping menyumbang lebih 80% pertumbuhan ekonomi global. Sebaliknya, AS yang nisbah sumbangannya menurun kepada kira-kira 20%, tetap mempunyai hak mengundi paling besar dan kuasa memveto dalam IMF. 

Pengagihan yang tidak munasabah bukan sahaja menjejaskan kepentingan negara-negara membangun, malah reputasi IMF sendiri. Oleh itu, pemangku ketua IMF, David Lipton menyeru agar negara-negara yang makin penting dari segi ekonomi dan bersedia memikul tanggungjawab diberi hak bersuara setimpal.


 

张哲