Enam Maut Gempa di Maluku

2019-07-18 12:42:30  CRI
Share with:
Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang berlaku di selatan pulau Halmahera, Maluku Utara Ahad lalu telah mengakibatkan enam maut sementara 51 lagi cedera. 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia semalam mengesahkan, hampir seribu binaan rosak akibat gegaran. Seramai 3,104 penduduk telah dipindahkan ke tempat selamat setakat pagi semalam. 

Pada September tahun lepas, gempa bermagnitud 7.4 melanda Sulawesi Tengah disertai tsunami yang meragut lebih 2,000 nyawa.
梁靓