5,282 Pangkalan 5G di Beijing

2019-07-18 12:51:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_timg (70)


Setakat akhir bulan lalu, sebanyak 5,282 pangkalan 5G siap dibina di Beijing, memberi liputan kepada pusat bandar, venue Olimpik musim sejuk, tapak Ekspo Hortikultur Dunia, lapangan terbang baharu di Daxing dan lain-lain.

Naib pengarah Suruhanjaya Sains dan Teknologi Beijing, Zhang Guanglian menyatakan Beijing mementingkan inovasi teknologi dan pembangunan industri 5G. Sejak 2015, pihaknya menjalankan usaha sama penyelidikan serta pembangunan produk teras dan aplikasi inovatif. 

Lingkungan penggunaan teknologi 5G kini diperluas ke sektor berkaitan video definisi ultra tinggi (UHD), rangkaian kenderaan dan Internet perindustrian.

Beijing juga akan terus mempromosi penggunaan 5G dalam hiburan, pendidikan secara realiti maya (VR), taman pintar dan bank pintar, menjadikannya teladan bagi inovasi industri 5G. 
张弘