Perjanjian Baharu ASEAN Galak Dagangan Bebas

2019-07-20 14:51:41  CRI
Share with:
Dua perjanjian bakal ditandatangani dalam Mesyuarat Menter-menteri Kewangan ASEAN pada September tahun ini untuk menggalakkan perdagangan bebas sesama negara-negara ASEAN.

Antaranya perjanjian melibatkan pengiktirafan bersama terhadap automobil serta komponennya akan membolehkan produk berkenaan terus dibawa ke pasaran negara ASEAN yang lain jika lulus pemeriksaan di tempat pengeluaran.

Satu lagi perjanjian adalah bertujuan menyempurnakan mekanisme penyelesaian sengketa antara negara-negara ASEAN agar sejajar dengan pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Penandatanganan kedua-dua perjanjian itu telah disahkan dalam Mesyuarat Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN yang berakhir di Bangkok Khamis lalu.
张弘