SSEC Niaga Papan Inovasi Pertama China

2019-07-22 13:02:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_d0c05bc8e1884a30b5a0d940882ebd5f


Papan inovasi sains dan teknologi pertama China mula diniagakan di Bursa Saham Shanghai (SSEC) pagi tadi, melibatkan 25 syarikat sebagai kumpulan pertama.

Naib pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC), Li Chao menyatakan papan tersebut dan sistem pendaftarannya diharap dapat menjana pembangunan dipacu inovasi dan menjadi teras pembaharuan sistem pasaran modal asas.

Kesemua 25 syarikat adalah dari industri teknologi baharu dan sektor baharu bersifat strategik seperti teknologi maklumat generasi baharu, pembuatan kelengkapan canggih dan bioperubatan. Pelaburan mereka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) jauh lebih tinggi daripada syarikat saham kategori A yang setaraf.

张宪