China, UAE Janji Galak Perkongsian

2019-07-23 13:43:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_138248606_15638333443721n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Beijing malam semalam.

Xi menekankan tamadun China bersejarah lebih 5,000 tahun dan terus berkembang secara inklusif dengan menerima pelbagai tamadun lain. Usaha sama melaksanakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) lahir daripada konsep "keharmonian di dunia" dalam budaya China, dan bertujuan menggalakkan pertukaran dan kerjasama sesama negara berbeza.

UAE juga menganjurkan semangat yang terbuka dan inklusif, serta memberi sumbangan penting kepada interaksi dan saling belajar, yang turut dihargai masyarakat antarabangsa.

China dan UAE hendaklah menggalakkan dialog antara tamadun dan mengembangkan perkongsian strategik komprehensif demi kedamaian dan kemajuan dunia.

Putera Mahkota Sheikh Mohammed pula menyatakan, beliau telah banyak belajar daripada fikiran Xi tentang hubungan dua hala dan situasi antarabangsa. Dengan usaha sama, kerjasama UAE-China telah membuahkan banyak hasil.

Beliau yakin perjanjian kerjasama praktikal yang dicapai kali ini akan menyejahterakan hidup rakyat kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_138248606_15638333445001n

曹捷