Mesyuarat Media China, ASEAN di Jakarta

2019-07-24 14:45:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_623f3b81-8c8c-45f4-84cb-8c5a81e97895

Mesyuarat peringikat tinggi mengenai kerjasama media antara China dengan ASEAN membuka tirai di Jakarta petang semalam, atas anjuran Jabatan Pentadbiran Am Radio dan Televisyen Negara China bersama Misi China ke ASEAN.


Mesyuarat itu agenda penting dalam rangka Tahun Interaksi Media China-ASEAN, bertujuan meningkatkan dialog dan komunikasi dasar antara jabatan-jabatan berkenaan di samping memperkukuh kerjasama dan memupuk persepakatan.

Para peserta akan membincangkan Pengumuman Bersama bagi Mengintensifkan Interaksi dan Kerjasama Media serta Pelan Lima Tahun Kerjasama Penyiaran Audio dan Visual. Perancangan juga akan dibuat untuk mengatur acara akan datang supaya memantapkan hubungan China-ASEAN.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_3eebcde8-e885-4e55-a129-360a9a01ea6f

曹捷