OECD: Ekonomi China Tunjuk Prestasi Baik

2019-07-24 14:07:45  CRI
Share with:

Ekonomi China menunjukkan prestasi baik pada setengah pertama tahun ini, kata pengarah dasar ekonomi China Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Margit Molnar.

Beliau berpendapat, perkembangan tersebut berkat pembaharuan struktur yang dilaksanakan China dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Beberapa hari lalu, China mengumumkan data ekonomi bagi separuh tahun pertama. Susulan itu, ada media asing yang melaporkan bahawa kadar pertumbuhan 6.2%, yang merupakan paling rendah dalam 19 tahun, menandakan ekonomi China mengalami kemelesetan.

Molnar menyatakan kesimpulan itu tiada maknanya. Dalam konteks persekitaran luaran yang tidak boleh dikawal, inisiatif China untuk meningkatkan permintaan domestik termasuk merangsang penggunaan isi rumah, telah menjadi salah satu penggerak penting. Potensi penggunaan penduduk dapat terus diperluas menerusi penambahbaikan sistem jaminan sosial.

Unjuran kerajaan China pada awal tahun ini menyasarkan pertumbuhan dalam julat antara 6% hingga 6.5% bagi sepanjang tahun. OECD pula meramalkan pertumbuhan pada kadar 6.2%, dan yakin China mampu mencapai sasaran itu.

高蕾