Sektor Perindustrian China Kekal Stabil

2019-07-24 14:08:30  CRI
Share with:

Sektor perindustrian China merekodkan operasi stabil pada setengah pertama tahun ini, dengan Nilai Tambahan Industri (IAV) bagi syarikat yang melebihi skala meningkat 6%, iaitu dalam julat yang diunjurkan untuk sepanjang tahun.

Naib Menteri Industri dan Maklumat China (MIIT), Xin Guobin memaklumkan di Beijing semalam, nilai tambahan dalam pembuatan berteknologi tinggi meningkat 9%, 3% lebih tinggi daripada seluruh industri.

Nilai tambahan bagi syarikat swasta yang melebihi skala serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masing-masing naik 8.7% dan 8.1%.

Ekoran pengaruh daripada faktor seperti pasaran, kos dan ekonomi, ada syarikat modal asing yang mengundurkan diri dari pasaran China, sementara beberapa perusahaan pemproses dan pengeluar domestik mengejar kos lebih rendah di seberang laut. Ini bagaimanapun lumrah perniagaan, yang selaras dengan kelaziman dalam pembangunan perindustrian.

Beliau menekankan, China yang berkelebihan dari segi skala pasaran domestik, sistem industri dan prasarana, tetap menjadi tumpuan pelaburan dari serata dunia.

高蕾