China, ASEAN Naik Taraf Perkongsian

2019-07-25 14:27:17  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-menteri Luar Kerjasama Asia Timur dijadualkan pada hujung bulan ini di Bangkok, Thailand.

Menteri Luar China, Wang Yi akan membincangkan hubungan China-ASEAN, kerjasama serantau dan strategi pembangunan Asia Timur dengan rakan-rakan sejawatnya dari negara lain.

Duta China ke ASEAN, Huang Xilian berkata, mesyuarat tersebut akan menyuntik momentum baharu bagi menaiktarafkan perkongsian strategik dan membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Huang memaklumkan, mesyuarat menteri luar dengan China adalah yang pertama dalam siri mesyuarat ASEAN dengan 10 rakan dialognya. Kedua-dua pihak dipercayai mampu mencapai persepakatan dalam usaha menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (MPAC), memperluas pertukaran media dan mempertingkat pembangunan bandar pintar, serta memperhebat kerjasama maritim.

Menyentuh pergeseran perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) yang diperhatikan ASEAN, Huang menyifatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) senjata tajam untuk menangkis amalan perlindungan. Semua pihak berhasrat mempercepat rundingan berkenaan, supaya mencapai kemajuan yang signifikan menjelang hujung tahun ini.

高蕾