Xi: China Pilih Pembangunan Hijau

2019-07-27 15:17:21  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada perasmian Forum Padang Pasir Antarabangsa Kubuqi Ke-7 di bandar Ordos, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China hari ini.

Xi menyatakan, bumi ialah satu-satunya kampung halaman bagi manusia.

Pencegahan dan pengawalan tanah daripada menjadi padang pasir merupakan usaha penting yang menjamin perkembangan berterusan umat manusia. Masyarakat antarabangsa harus berganding bahu meningkatkan kerjasama antarabangsa, meningkatkan kecekapan dalam menangani masalah hakisan tanah, dan melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 demi kesejahteraan rakyat.

Xi menegaskan, China amat mementingkan pembangunan tamadun ekologi dan sudah pun mencapai perkembangan ketara dalam pencegahan hakisan tanah. Pengalaman mengendalikan penghijauan di padang pasir Kubuqi merupakan contoh baik bagi masyarakat antarabangsa. China bersedia berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan pembangunan hijau, dan menyumbang kepada pembinaan dunia yang indah dan bersih.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
胡星