Denggi Ragut 9 Nyawa di Singapura

2019-07-30 14:23:47  CRI
Share with:

Demam denggi telah meragut nyawa sembilan orang di Singapura sejak awal tahun ini.

Kenyataan bersama Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar Singapura semalam memaklumkan, sebanyak 8,020 kes denggi dilaporkan setakat 20 Julai, lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pada 30 Jun hingga 16 Julai sahaja, empat pesakit lelaki dalam lingkungan umur 46 hingga 77 tahun meninggal dunia kerana denggi.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengawal pembiakan nyamuk.

Penduduk di tempat-tempat yang kerap berlaku kes demam denggi diingatkan supaya berwaspada.

覃淼