China, Columbia Pertingkat Hubungan Kerjasama

2019-08-01 14:36:41  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_x1

China dan Columbia akan bersama-sama merangka cetak biru bagi pembangunan hubungan dua hala, bertepatan dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik pada tahun depan.

Persepakatan itu dicapai Presiden Xi Jinping dengan rakan sejawatnya, Ivan Duque semasa pertemuan di Beijing semalam.

Xi menyatakan penghargaan atas lawatan Duque, yang memperlihatkan komitmen untuk memperdalam persahabatan tradisional dan kerjasama menang-menang melalui tindakan praktikal.

Beliau menekankan perlunya kedua-dua negara meningkatkan pertukaran lawatan di peringkat tinggi, berkongsi pengalaman mentadbir negara, meningkatkan rasa saling percaya dalam politik serta saling memahami dan sokong-menyokong.

图片默认标题_fororder_x2

China akan terus menyokong proses perdamaian dan pembinaan semula pasca konflik di Columbia. Kedua-dua negara perlu mengukuhkan kerjasama yang sedia dilaksanakan di samping meneroka kerjasama dalam bidang baharu.

Duque pula menyatakan hasrat untuk menimba pengalaman China dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Beliau turut memuji Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang memainkan peranan penting bagi kesalinghubungan dan kerjasama antarabangsa.

徐国玮