3.08 Bilion Pelancong Lawat China

2019-08-02 16:31:33  CRI
Share with:

Jumlah pelancong yang melawat China pada setengah tahun pertama tahun ini mencecah 3.08 bilion orang, meningkat 8.8% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Laporan yang diterbitkan Institut Pengajian Pelancongan China semalam menyatakan, sektor pelancongan menjana pendapatan RMB2.78 Trilion (RM1.63 trilion) dalam tempoh berkenaan, naik 13.5%.

Data menunjukkan, jumlah pelancong asing yang melawat China bertambah 5%, sementara jumlah pelancong China ke negara lain meningkat 14%.

徐国玮