Surat Terbuka Bantah Dasar Konfrontasi

2019-08-05 11:12:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_timg (77)


Lebih 180 tokoh menyatakan sokongan terhadap surat terbuka yang dikirim kepada Presiden dan Kongres AS, menentang dasar berkonfrontasi dengan China. 

Surat ditulis oleh lima pakar isu China, ditandatangani ratusan tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan termasuk bekas Naib Presiden Walter Mondale.
 
Surat berkenaan berbunyi,  tindakan Washington akhir-akhir ini makin memburukkan hubungan dengan China. Keadaan ini  tidak sesuai dengan kepentingan AS bahkan global. 

AS disarankan memulihkan daya saing sendiri, menggalakkan diplomasi multilateral dan kerjasama dalam rangka  pertubuhan antarabangsa, bukannya mengekang hubungan China dengan dunia.

Surat yang diterbitkan "Washington Post" pada 3 Julai, dikarang oleh Profesor M. Taylor Fravel dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT); bekas Duta Besar ke China, J. Stapleton Roy; felo penyelidik kanan Yayasan Carnegie, Michael D. Swaine; bekas Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Susan A. Thornton; Profesor  Ezra Vogel dari Universiti Harvard.
 

张弘