Pulau Jawa Putus Bekalan Elektrik

2019-08-05 14:01:22  CRI
Share with:

Bekalan elektrik di Jakarta dan beberapa wilayah di Pulau Jawa terputus tanpa amaran, mengakibatkan lebih 30 juta penduduk terjejas.

Bekalan elektrik terputus bermula kira-kira 11.50 pagi semalam waktu tempatan. Hingga 10.30 malam, bekalan elektrik di sesetengah tempat di Jakarta masih belum pulih.

Terputusnya bekalan elektrik turut mengganggu sistem pengangkutan awam, menyebabkan ramai terkandas. Lampu isyarat berhenti operasi, membawa kesesakan teruk kepada jalan-jalan utama. Perkhidmatan telekomunikasi dan Internet juga dilaporkan tergendala, sementara banyak restoran terpaksa ditutup.

Syarikat Elektrik Negara (PLN) Indonesia dalam satu kenyataan berkata, masalah teknikal di beberapa stesen jana kuasa di pulau terbabit punca terputus bekalan elektrik. 

Pada sekitar pukul 8 malam, bekalan elektrik mula pulih secara beransur-ansur di Jakarta.
 

张弘