Harap Rundingan RECP Selesai Tahun Ini

2019-08-05 14:46:55  CRI
Share with:

Mesyuarat peringkat menteri berhubung perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diadakan di Beijing pada 2 hingga 3 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit hadir selaku wakil negara pengerusi bergilir ASEAN.

Beliau berkata, mesyuarat selama dua hari mencapai kemajuan signifikan. Rundingan berhubung RCEP diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini. 

RCEP menawarkan pasaran paling besar meliputi hampir separuh populasi dunia iaitu 3.5 bilion, serta 30% KDNK global. 

Thailand telah menjalankan rundingan dua hala berhubung RCEP dengan China, Korea Selatan, Jepun, India, New Zealand dan Australia.

Mesyuarat pegawai kanan akan berlangsung di Vietnam pada Oktober, sementara dua pusingan mesyuarat peringkat menteri diatur  pada September dan Oktober di Bangkok.

 

张哲