Latihan Tentera China, Singapura Berakhir

2019-08-06 11:43:03  CRI
Share with:
Latihan bersama tentera darat China dan Singapura "Kerjasama 2019" berakhir semalam.

Latihan di Singapura yang dimulakan pada 26 Julai memberi tumpuan kepada operasi membanteras keganasan di bandar, yang melibatkan usaha sama pasukan petugas khas. 

Ini merupakan latihan keempat yang dijalankan bersama China dan Singapura selepas 2009, 2010 dan 2014, sekali gus mencipta rekod dengan peserta paling ramai, kelengkapan paling banyak dan tempoh paling lama.  
张哲