China Sumber Utama Pelancong

2019-08-06 14:29:48  CRI
Share with:
Pasaran pelancongan rentas sempadan China bukan sahaja yang paling rancak di dunia, malah dikatakan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.

Laporan MasterCard mengenai indeks destinasi pelancongan global yang memfokuskan negara sumber pelancong menunjukkan dalam masa setahun lalu, status Tanah Besar China selaku sumber utama pelancong antarabangsa di Asia Pasifik malah seluruh dunia, bertambah kukuh.

Laporan yang disiarkan semalam meninjau pasaran sumber pelancong melibatkan 200 destinasi tumpuan pengunjung sedunia.

Tanah Besar China telah menjadi sumber pelancong terbesar Asia Pasifik untuk beberapa tahun lamanya. Pada tahun lepas, China muncul sebagai sumber pelancong kedua terbesar di dunia dengan Bangkok, Seoul dan Tokyo yang paling digemari pelancong China.

Indeks destinasi pelancongan global MasterCard dirumuskan berdasarkan jumlah pelancong asing dan jumlah perbelanjaan mereka serta potensi pertambahan bilangan pelancong pada masa depan. Ini laporan kesembilan yang disusun MasterCard.
梁靓