Rizab Pertukaran Asing China Mampan

2019-08-08 16:03:55  CRI
Share with:
Rizab pertukaran asing China mencecah USD3.1 trilion (RM13 trilion) setakat hujung Julai, meningkat 1% berbanding awal tahun ini, namun menurun USD15.53 bilion (RM65.3 bilion) berbanding hujung Jun. Perubahan itu dianggap pada tahap yang munasabah.

Jurucakap Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing Negara (SAFE), Wang Chunying berkata rizab China dipengaruhi pelbagai faktor antaranya perdagangan global, dasar monetari entiti ekonomi utama, prospek Brexit dan perubahan harga aset. 

Ekonomi China mengekalkan trend pertumbuhan yang mampan pada keseluruhannya walaupun menghadapi risiko dan cabaran yang makin meningkat sejak awal tahun ini. Sektor ekonomi sebenar dan pasaran kewangannya yang berdaya tahan dan berpotensi besar mampu menangkis tempias dari luar.
张哲