Turki, AS Setuju Bina Pusat Operasi

2019-08-08 14:38:37  CRI
Share with:
Turki dan AS akan menyegerakan penubuhan sebuah pusat operasi bersama untuk kerja-kerja penyelarasan dan pengurusan zon selamat yang akan dibina di utara Syria.
    
Persetujuan dicapai selepas rundingan antara pegawai Turki dengan delegasi tentera AS, yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 Ogos.

Kementerian Pertahanan Turki dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, zon selamat akan menjadi sebuah koridor aman dengan usaha bersama untuk membantu rakyat Syria pulang ke kampung halaman mereka. 

Butir-butir lain masih belum diumumkan.

Kerajaan Syria bagaimanapun telah lama melihat kehadiran tentera AS dan Turki di wilayahnya sebagai satu bentuk pencerobohan.   
梁靓