China Meterai Konvensyen Singapura

2019-08-08 11:53:03  CRI
Share with:
Sebanyak 46 negara dan wilayah termasuk China dan AS menandatangani konvensyen PBB yang bertujuan menggalakkan pengantaraan sebagai satu lagi saluran untuk menyelesaikan pergeseran komersial.

Konvensyen yang dinamai sempena Singapura diluluskan Perhimpunan Agung PBB pada Disember 2018 dan telah ditandatangani secara terbuka di ibu pejabat PBB di New York semalam.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata konvensyen tersebut melengkapkan lagi sistem penyelesaian sengketa komersial, sekali gus memperlihatkan konsensus masyarakat antarabangsa untuk menjunjung multilateralisme. 

 
张哲