89 Maut H1N1 di Myanmar

2019-08-08 11:46:50  CRI
Share with:
Seramai 471 orang disahkan dijangkiti virus influenza H1N1 di Myanmar sejak 1 Julai hingga 5 Ogos.

Data terkini Kementerian Kesihatan dan Sukan mendapati 89 daripadanya telah meninggal dunia, manakala 212 sudah sembuh.

Sejak awal tahun ini, wabak H1N1 merebak hingga ke sembilan wilayah di seluruh Myanmar.

Menteri Kesihatan dan Sukan, Myint Htwe menyatakan pihaknya sedang menjalankan kempen kesedaran melalui pelbagai saluran dengan harapan penduduk awam dapat mengambil langkah preventif yang berkesan.
 
Pada masa sama, hospital, pusat perkhidmatan kesihatan dan pintu keluar masuk negara juga meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan bagi mengawal penyebaran wabak dari puncanya.
张弘