Pameran Papar Kerjasama, Untung Bersama

2019-08-08 14:53:50  CRI
Share with:

Satu pameran gambar membuka tirai di Kuala Lumpur semalam, anjuran persatuan syarikat China di Malaysia.
 
Acara bersempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Malaysia, memaparkan detik-detik indah dalam interaksi muhibah serta pencapaian kerjasama pragmatik.

Duta Besar China, Bai Tian memaklumkan perdagangan bilateral pada setengah pertama tahun ini mencatat hampir USD57.4 bilion (RM241.4 bilion), meningkat 11% berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Setakat ini, jumlah pelaburan langsung China di Malaysia pula USD11.6 bilion (RM48.8 bilion), menjadikan China sumber pelaburan asing terbesar bagi Malaysia selama tiga tahun berturut-turut. 

Setakat hujung Mac, China telah menanam modal dalam lebih 440 projek sektor pembuatan di Malaysia,  mencipta lebih 77 ribu peluang kerja. 

Beliau memuji sumbangan persatuan syarikat China di Malaysia dalam menggalakkan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Utusan Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai pula menyatakan saat-saat yang diabadikan dalam gambar-gambar tersebut membolehkan pengunjung merasai semangat bekerjasama dan untung bersama yang dipelopori generasi dahulu, juga menggalakkan generasi akan datang meneruskan usaha sama termasuk dalam pembangunan Jalur dan Laluan.

张弘