Xi Utus Tahniah Hari Kebangsaan Ke-54 Singapura

2019-08-09 19:41:00  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengirim perutusan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Halimah Yacob sempena Hari Kebangsaan ke-54 republik itu.

 

Xi berkata, Singapura telah melakar pencapaian cemerlang dalam pembangunan sepanjang 54 tahun lalu. Masa depan Singapura pasti lebih indah melalui usaha berterusan kerajaan dan rakyat.

 

Sambil menyifatkan ikatan China-Singapura sebagai sangat akrab, beliau menyatakan usaha sama membangunkan Jalur dan Laluan telah menjadi ikon baharu hubungan bilateral serta teladan bagi negara-negara lain yang terlibat.

 

China mementingkan hubungan dengan Singapura, dan bersedia bersama-sama melonjakkan perkongsian komprehensif yang bersesuaian dengan perkembangan semasa ke tahap baharu.

 

Beliau berharap semoga Singapura terus makmur dan rakyatnya hidup bahagia.

张哲