Pelajar Vietnam Terima Biasiswa China

2019-08-09 11:26:41  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_中国驻越南大使熊波在仪式上讲话.JPG

图片默认标题_fororder_熊波大使与享受奖学金的越南学生合影

Majlis penyampaian biasiswa kerajaan China kepada pelajar Vietnam diadakan di Hanoi semalam, dihadiri Duta Besar China, Xiong Bo serta wakil kementerian pendidikan Vietnam dan mahasiswa tempatan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke China, Xiong Bo melahirkan harapan agar mereka mengambil peluang ini untuk memperkukuh persahabatan. 

Beliau menggalakkan para pelajar mendekati  masyarakat setempat, berkawan dengan orang tempatan dan menjadi jejambat bagi interaksi muhibah  antara rakyat kedua-dua negara.

Pesuruhjaya kerjasama antarabangsa kementerian pendidikan Vietnam, Nguyen Thi Thu Ha berkata, China telah menjadi salah satu negara yang paling banyak pelajar dari Vietnam. Jumlah pelajar Vietnam yang menuntut di China kekal melebihi 10 ribu untuk bertahun-tahun lamanya. Antaranya, 18% iaitu lebih 2,000 pelajar ditaja kerajaan China.  
 
梁靓